Wednesday 15 February 2012

TeNtAnG sAyA & FaMiLy~~

Holaa...kembali lagi!!

hee...setelah agak sibuk dengan urusan harian..masalah2 kehidupan..dan kerja of course...sekarang baru dpat sikit masa untuk update my blog! hehehe...

Mau bercerita tentang saya...hehehe...nama penuh Siti Nur Zakiah bt Hamzah..anak kelahiran Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Seorang Islam, tpi bukan berbangsa melayu..hehehe...saya Malbari yeap..sekian! Lahir pada tahun 1987 dan merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik! Seorang yang sangat keciq...hee...atau bahasa nak bg org faham ialah "rendah" dan bahasa kurang ajar disebut "pendek"! ape pun..saya sentiasa bersyukur dengan setiap kurniaanNYA buat saya...kdg2 merungut jugak tpi cepat2 beristighfar, mengingatkan diri bahawa masih ramai lagi insan di luar sana yang mempunyai kekurangan diri lagi teruk daripada saya! xpe2...yg tu kita cter len nanti k?

ermm..saya seorg yg peramah...riang...ceria!! Maa selalu kata...ane saya g pun...mesti mudah dpat kwan! tpi kwan saya yg nama Eidaya pulak pernah kata...yang saya ni tlalu bek dgn org, smpai org plak suke amik ksempatan ke atas saya! pape lah...tapi saya tetap happy dengan diri saya!

Keluarga...errrmmm...nama ayah ite Hamzah...nama mak ite plak Rokiah...selalu ite bahasakan sebagai "Pak Cik Hamzah" and "Mak Cik Rokiah"...hehehe...Ibu Bapa saya sangat penuh dengan rules and regulations tuk anak-anak tapi saya x pernah rase terkongkong coz bila tiba keadaan tertentu mereka sangat memahami..hehehe...cuma biase lah org tua kn...byk peraturan! hehehe... :)

ite de seorang kakak..biase family panggil "Nur"...seorang adik lelaki dengan paggilan manja "Kaka" and seorang adik perempuan dengan paggilan manja "Adik"...hehehe...ite panggil akak ite Nur jerk...seorang pensyarah di Swinburne University of Sarawak Campus, still single ( sape2 rase berkenan boleh lah pm sy k...hik hik hik ), pendiam n agak sombong lah...x mcm ite...akak ni ala-ala sopan cket...tpi kalau dh gelak...hilang terbang terus kesopanan...hahaha...

errmm...tiba bab my Kaka kn...hehehe...Kaka seorang yang lagi pendiam...lagi pendiam dpd Nur, tapi dengan org yg x rapat lah! Kalau dh rapat dengan Kaka ni..u olls will find him as too interesting!! y? because he have a good sense of humor...yuhuu...suke sangat..sangat...sangat...sangat mengusik!!! eeeeee....kdg2 rase beennncccciiiiiii sangaaattttttt taw! hehehe...still studying as a MA would-be di kampus Tanjung Rambutan, Perak. Tentang adik pulak, masih bersekolah menengah dalam tahun akhir...adik mcm ite cket...periang, ceria sokmo!! tpi kan...adik nihh lg suke buat lawak...ade jerk telatah die nk wat org tergelak..yuhuu...

Rasa nyer cukup setakat ini info yg ite bg ttg diri ite kot...byk2 sangat kang x larat pulak u ollsss nk bace..hehehe :) waits for the next entry yeah...papai.. :)

Wednesday 8 February 2012

BeLaJaR tEnTaNg LaVeNdEr

holaa u ollsss...hee....

agak ketinggalan zaman sedikit coz tahun 2012 baru nk create blog bagai kan...

so...let my 1st entry be this title..."What is Lavender"...hee... mesti rmai terkejut kenapa "Gadis Lavender" plak kan...but actually the answer is easy...sape2 yg bkenalan rapat dgn ite mesti tahu ngaper Lavender...yuhuu...kerana...i love purple colour...love the colour veryyyy muccchhh!!!! so...biar lah saya selitkan sedikit info mengenai Lavender di sini hokey...

FaKtA tEnTaNg LaVeNdEr

Lavender
Perkataan "Lavender" diambil daripada kata akar bahasa Latin iaitu "Lavave" yang bermaksud "to wash" atau untuk mencuci kerana ia sering digunakan semasa mandi bagi membersihkan badan dan mengembalikan semangat seseorang. Lavender ini merupakan tumbuhan yang boleh didapati di hampir kesemua benua dan mempunyai warna seakan-akan ungu yang mempunyai nama khas bagi warna bunga itu sendiri iaitu warna Lavender. Nama saintifik bagi tumbuhan ini pula ialah "Lavandula".


Lavender mempunyai beberapa kegunaan dan antaranya ialah :

  1. Kelopaknya akan dikeringkan, disumbat2 di dalam beg kecil untuk menghasilkan bau yang sangat sedap, selain diletakkan di dalam baju bagi mengelakkan "kalkatu" yang boleh merosakkan baju ketika berkebun.
  2. Ia juga digunakan untuk menghiasi kek, kerana kelopaknya boleh menjadi sangat manis seperti gula-gula, kadang kala digunakan juga sebagai perasa dalam pembuatan kek yang dibakar serta pencuci mulut coklat. Ia juga digunakan dalam pembuatan "Lavender Sugar" yang dikatakan sangat enak. Bunga ini juga digunakan dalam pembuatan teh dan di negara Perancis Lavender Syrup digunakan untuk membuat Lavender Skon dan Marshmellows.
  3. Ia juga sering dijadikan bahan dalam pembuatan ubat bagi mengelakkan jangkitan. Minyak Lavender digunakan dalam Perang Dunia Pertama untuk menyahjangkit pada lantai dan bahagian dinding hospital. "Lavender Tea" pula dapat membantu untuk merehatkan badan sebelum tidur. Manakala Minyak Lavender juga bagus untuk digunakan pada kawasan badan yang terkena gigitan serangga.
  4. Paling biasa kita lihat ialah Lavender sering digunakan sebagai minyak wangi, sabun mandian, shampoo rambut, dan juga pelembut kain.

Fakta ini semua dirujuk daripada Wikipedia dan juga website UMM


So...itu lah serba sedikit fakta yang dapat saya kumpul mengenai Lavender....harap2 sedikit penerangan saya ini dapatlah menambah pengetahuan anda semua...hee... :)