Wednesday 8 February 2012

BeLaJaR tEnTaNg LaVeNdEr

holaa u ollsss...hee....

agak ketinggalan zaman sedikit coz tahun 2012 baru nk create blog bagai kan...

so...let my 1st entry be this title..."What is Lavender"...hee... mesti rmai terkejut kenapa "Gadis Lavender" plak kan...but actually the answer is easy...sape2 yg bkenalan rapat dgn ite mesti tahu ngaper Lavender...yuhuu...kerana...i love purple colour...love the colour veryyyy muccchhh!!!! so...biar lah saya selitkan sedikit info mengenai Lavender di sini hokey...

FaKtA tEnTaNg LaVeNdEr

Lavender
Perkataan "Lavender" diambil daripada kata akar bahasa Latin iaitu "Lavave" yang bermaksud "to wash" atau untuk mencuci kerana ia sering digunakan semasa mandi bagi membersihkan badan dan mengembalikan semangat seseorang. Lavender ini merupakan tumbuhan yang boleh didapati di hampir kesemua benua dan mempunyai warna seakan-akan ungu yang mempunyai nama khas bagi warna bunga itu sendiri iaitu warna Lavender. Nama saintifik bagi tumbuhan ini pula ialah "Lavandula".


Lavender mempunyai beberapa kegunaan dan antaranya ialah :

  1. Kelopaknya akan dikeringkan, disumbat2 di dalam beg kecil untuk menghasilkan bau yang sangat sedap, selain diletakkan di dalam baju bagi mengelakkan "kalkatu" yang boleh merosakkan baju ketika berkebun.
  2. Ia juga digunakan untuk menghiasi kek, kerana kelopaknya boleh menjadi sangat manis seperti gula-gula, kadang kala digunakan juga sebagai perasa dalam pembuatan kek yang dibakar serta pencuci mulut coklat. Ia juga digunakan dalam pembuatan "Lavender Sugar" yang dikatakan sangat enak. Bunga ini juga digunakan dalam pembuatan teh dan di negara Perancis Lavender Syrup digunakan untuk membuat Lavender Skon dan Marshmellows.
  3. Ia juga sering dijadikan bahan dalam pembuatan ubat bagi mengelakkan jangkitan. Minyak Lavender digunakan dalam Perang Dunia Pertama untuk menyahjangkit pada lantai dan bahagian dinding hospital. "Lavender Tea" pula dapat membantu untuk merehatkan badan sebelum tidur. Manakala Minyak Lavender juga bagus untuk digunakan pada kawasan badan yang terkena gigitan serangga.
  4. Paling biasa kita lihat ialah Lavender sering digunakan sebagai minyak wangi, sabun mandian, shampoo rambut, dan juga pelembut kain.

Fakta ini semua dirujuk daripada Wikipedia dan juga website UMM


So...itu lah serba sedikit fakta yang dapat saya kumpul mengenai Lavender....harap2 sedikit penerangan saya ini dapatlah menambah pengetahuan anda semua...hee... :)

No comments:

Post a Comment